kereta malaysia 's FotoPage
www.keretamalaysia.com
By: kereta malaysia club

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Friday, 27-Apr-2007 05:52 Email | Share | | Bookmark
KOnvoi Berkereta Jelajah Cameron Highlands 5~6 May 2007

Main Page
Aturcara
Yuran
Kereta Malaysia Club Sekali lagi Mengorak langkah menganjurkan Konvoi Berkereta Menjelajah Cameron Highlands, Pahang.....
Pada pemilik kenderaan Malaysia Proton & Perodua yang ingin menyertai bolehlah menghubungi
Anor 017-6817020


Friday, 27-Apr-2007 05:41 Email | Share | | Bookmark
Selamat Datang Ke kereta malaysia club

LOgo Kereta Malaysia Club
Kelab KeretaMalaysia.Com (KMC)
Adalah singkatan kepada
KERETA MALAYSIA CLUB ( KMC ) mempelawa semua belia dan para remaja dari seluruh pelusuk tanahair yang mempunyai kenderaan keluaran Malaysia dari pelbagai jenis keluarga Proton dan Perodua khususnya agar dapat sama berhimpun di dalam sebuah kelab serta komuniti untuk menjalankan pelbagai aktivit-aktiviti sukan bermotor seperti ekspedisi dan berkonvoi yang akan dianjurkan oleh pihak Kelab KeretaMalaysia.Com kelak.
Aktiviti-aktiviti yang berbentuk riadah melalui program cuti-cuti Malaysia in diharapkan dapat memupuk semangat setiakawan, selain dapat melawat ke tempat-tempat menarik di seluruh negara, beramal sambil berkonvoi serta dapat menanamkan semangat patriotik ke dalam diri para belia semua.

Ianya juga dapat menghindarkan diri daripada aktiviti-aktiviti seperti lumba haram, gejala penagihan dadah, jenayah dan sebagainya dapat dibendung melalui program berfaedah ini.

Selain itu juga, Kelab KMC juga menitik beratkan program kemasyarakatan dan sosial serta aktiviti yang sihat dan berfaedah seperti khidmat masyarakat, gotong royong, menderma darah dan sebagainya.

Oleh itu, KMC atau KeretaMalaysia.Com kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti sukan bermotor seperti ekspedisi dan konvoi, klinik penjagaan dan penyelenggaraan kereta serta beberapa lagi aktiviti sosial dan amal yang akan diadakan. Insyallah.

Malaysia Boleh !

" BERSAMA MENYOKONG BUDAYA SIHAT DI JALANRAYA "


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net